Tuesday, July 24, 2012

Allah memang sweet kan


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Salam ramadhan semua,
Alhamdulillah tahun ni Allah swt masih lagi memberikan kita peluang dan ruang waktu untuk beribadah di bulan yang mulia ini

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Ayat ni Allah swt ulang banyak kali dalam Al-Quran
sebab kita selalu tanya
''Ya Allah,kenapa aku,kenapa bukan orang lain yg Engkau beri ujian ini''

okaylah,sebenarnya,hamba Allah ni sedang memujuk hati yg sedih sebab visa umrah tak siap-siap lagi
lagi sedih bila tinggal sehari lagi nak pergi,
tup tup dapat mesej ustaz nak jumpa
ingtkan nak bagi amanah terakhir,
rupa-rupanya visa tak siap lagi

sedih sangat...
sampaikan fikir nak cancel je
aku blek2 tanya kat housemate aku soalan ni
kenapa Allah tak bagi pergi
artis2 dekat M'sia tu Allah bagi je pergi
tapi bila dah blek M'sia perangai sm je
hina sgtka kita ni
.........................................
sampaikan dah xde air mata dah nak nangis

housemate aku jawab
''sabar Andi,Allah tak jemput lagi''
air mata berlinang kembali

dari tahun lepas lagi aku nak pergi ke sana
tapi takde tempat
pastu tahun ni dpt tempat
tapi asyik tunda2
dari 17 ke 23 pastu s'kang ntah dapat ntah tidak

aku termenung sekejap
bila aku ingat-ingat balek dosa yang aku buat dekat Allah swt
aku jadi malu sekejap
apa hak aku nak paksa-paksa Allah swt
tu kan rumah Allah swt
bukanka kita ni hanyalah sekadar hamba

tiba-tiba teringat balek peristiwa time exam pharmacology
bila dapat paper tu
aku tengok soalan

''YA ALLAH,AKU TAK TAHU SATU BENDA PUN''

blur giler
sebab sehari sebelum exam tu aku sakit
so,satu hari aku tidur
bila bangun pagi memang blur giler ar
baca satu haram pown tak masuk

dan di tengah-tengah kekalutan tu
tiba-tiba terfikir
''kalau jadi penyembah dajjal kan best,mesti dapat jawab semua soalan ni''
(ni sebab aku dok asyik layan video THE ARRIVALS time stadi)

astaghfirullah,sampai macam tu sekali.
aku pun mengucap banyak-banyak
dah sesat sgt aku ni
but then still at the end
aku tak dapat jawab jugak

habis je exam
aku bgtau roomate aku,mira
''mira,aku tak leyh jawab siyesly..memang surely aku dhur lah kali ni.
kalo lulus tu memang sepenuhnya pertolongan dari Allah''

dan Alhamdulillah
ntah macam mana Allah swt bg aku lulus
walaupun aku hampir-hampir syirik dah
tapi still Allah perkenankan doa aku

................................................................

mungkin ada yang perlu di perbaiki lagi
malu sgt dgn Allah swt
terlalu banyak nikmatnya yang tidak kita syukuri
Nabi Ayub AS lagi besar ujian tapi baginda malu nak mintak dgn Allah swt
tu Rasul yg doanya makbul,kita ni dah lah hamba
siap nak paksa-paksa Allah lg kan
(=_=)''


''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)''.(Al-Imran: 200)

p/s:Allah memang sweet kan (^_^)

No comments:

Post a Comment