Tuesday, December 18, 2012

how time passed by


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang



ni hadiah utk anak kak yana & abg syafiq
yusra namanya..

hari tu mira ckp,
''untunglah semua baby yang Andi kenal
dpt hadiah''

aku suka sgt dgn budak2 sebab dorang sentiasa happy
kalau nangis pun still nampak comel lagi kan
sebab tu aku cakap dgn mama
nanti aku graduate,
aku mahu ambil anak angkat.
(^_^)v~

p/s:   MIRACLE IS JUST ANOTHER NAME FOR HARD WORK 





Friday, December 14, 2012

watak kedua

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang



opss..lagu ni tiada kena mengena dgn saya (^_^)v~

setiap kali tgk drama2 korea,
ada satu benda yang aku selalu tak puas hati
KENAPA WATAK KEDUA SANGAT PATHETIC?
watak kedua mesti lelaki yg baik,berusaha keras utk mendptkan heroin
watak pertama mesti jahat
but at the end 
yang jahat jugak jd pilihan heroin

aku selalu membebel kalo tgk cerita korea
sampailah satu hari housemate aku bersuara

''DALAM SOAL CINTA,
TIADA ERTI KATA 'USAHA  TANGGA KEJAYAAN'
JODOH TU KETENTUAN ALLAH''
owh....>.<

so girls out there,if u're really in love wif someone
never ever try to get them
as love come soft and silence

p/s:peeewwiiiittt 





Thursday, October 25, 2012

Lambaian Ka'bah


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dah dekat sebulan dah aku bergelar pelajar tahun 4,
rasa macam tak percaya je kan
cepat masa berlalu 

Memandangkan nama aku start dengan huruf Alif 
so,aku masuk group A
group A start dengan subjek Opthalmology
such an interesting subject,but scary too,hahaha
so,basically my studies now is fully related to eye
best best best!!!
yang tak best nya part volunteer any new instrument
sebab asyik-asyik budak2 group suruh aku
sebab mata aku kan besar
senang sket nak tgk structures dekat mata
teeeeeeeeeeeeeeeet!!!

but that not the main story for today
hari tu,ada sorang doctor ni
suddenly tengah lecture,phone doctor tu bunyi
''labbaikallahu ma labbaik''
ya Allah,rasa nak nangis je time tu
teringat kenangan time buat umrah
time ustaz suruh zikir dalam bas
rindu
sangat sangat
even s'kang,kalau ada org post gambar ka'bah dekat FB
hati rasa sayu je
sebak sebab rindu

banyak sangat peristiwa indah dekat sana
tapi ada satu yg sangat-sangat menyentuh hati
bila ingat kenangan tu
mesti sebak
masa tu tgh tawaf
aku dgn aisah housemate aku tawaf dekat dgn ka'abah
dengan harapan nak cium hajaratul aswad
tapi setiap kali sampai dekat tempat tu
ramai sgt orang
memandangkan kami kecil
sah-sah tak dapat nak cium hajaratul aswad
aku doa dalam hati

''Ya Allah,kalau Engkau tak bagi aku pegang atau cium batu dari syurga-Mu ya Allah,
Engkau bagilah aku peluang untuk memandangnya dengan jelas''

tapi sampai ke pusingan tawaf yang terakhir aku tak dapat jugak tgk hajaratul aswad
sedih sangat
keesokan harinya,masa solat zohor dekat masjidil haram
aku solat setentang dgn hajaratul aswad
dengan harapan dapat tengok
tapi disebabkan ramai sangat orang aku tak dapat tgk
sampailah rakaat yang terakhir
aku terlambat nak sujud
masa tu orang lain semua dah sujud
''YA ALLAH HAJARATUL ASWAD!!!
Allah makbulkan jugak doa aku
aku dapat tgk batu  syurga itu dengan jelas sekali
air mata berlinang

same goes here
dalam hidup ni,kadang-kadang tak semua yang kita doa,kita dapat terus
but just remember one thing

HE WILL ALWAYS ANSWER OUR PRAYER
 AT THE RIGHT TIME AT THE RIGHT  PLACE

Ah,rindunya (^_^)


Firman Allah dalam Al-Mu'min ayat 60 "Wa qala rabbukum ud'uni istajib lakum..... "Dan Rabmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku (Allah) mengabulkan untukmu..."







Monday, September 24, 2012

Ikan OH Ikan


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

dulu,kalau mama masak ikan,
akulah orang first yg duduk di meja makan,
tapi sejak termakan ikan buruk+jaket dekat asrama
sriusly,aku fobia makan ikan
bau hanyir ikan tu masih segar di ingatan

walaupun aku tak suka makan ikan
tapi aku suka masak ikan
like seriusly???
yups,sebab kalau aku masak ikan for sure aku tak makan
dan...
tidak akan berlaku penambahan berat ke atas aku
muahahaha

as for you,my dear BFF,I prepare this for you,
manalah tau hatimu terbuka mau masak makanan ni kan..

1.FISH CURRY RECIPE 
bahan2:
-2 ulas bawang merah & bawang putih(ditumbuk lumat)
-ikan
-kari
-daun kari
-minyak bijan
-minyak masak
-susu cair
-sos tiram
-tomato

cara2:
1.panaskan minyak then tumis bawang sehingga naik bau
2.masukkan susu cair,kari,sos tiram,daun kari,minyak bijan,panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih
3.masukkan ikan dan reneh sampai ikan masak,sebelum angkat masukkan tomato
4.hidang

see...I told u this is easy


2.SWEET AND SOUR
recipe???malas mau taip..cepat2 on skype,my holiday is really going to meet its end..

 

p/s:there's never a failure,it is just another lesson :)



Thursday, September 13, 2012

Pesan Mama


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Di suatu petang...

Mama: Dolly,dalam byk2 kawanmu yang dtg beraya tu,adakah yang men'tackle'anak mama ni
Aku: Adalah,kenapa ma?
Mama: Siapalah
Aku: ndak payalah mama tau,bukannya aku mau kawen jugak kan sama dorang >.<
Mama: Iya,Dolly nanti kawen sama doktor jugak ya,yang PAKAR TULANG,mama ni selalu suda sakit-sakit lutut
Aku: Ya lah ma,(dlm hati,erkkk mana mau carik Dr.Ortho ni,anyone?)


Bila fikir-fikir,aku ni dah tua sebenarnya.Dulu kalau buka cerita pasal kawin,mengamuk mama dibuatnya tapi sekarang......
Teringat kisah dekat Mekah,ada saorang orang Morroco tu dia tanya ''Do you make tawaf this morning?''
''oh,yes'',jawabku terharu sebab ada yang cam aku dalam ramai2 org.
Pastu dia tny lagi ''with your husband right?'' 
ERKKKK
SAYA BELUM KAWIN HARAP MAAF!!!
seriusly asal aku banyak kali kena soalan ni time dekat sana,orang lain tak kena pun,
muka tua sgt ke?muka mak2 orang?

Tetiba teringat peristiwa dekat Madinah hari tu,Ust tour guide tu cakap ''ana ni kawin muda sebab ana takut tak sempat ada zuriat dah kiamat,ana takut ana tak de zuriat untk berjuang demi Islam.
Terkedu...nak kawin pun masih tetap berfikir tentang Islam dan perjuangan.Insaf sekejap (>.<)''

Balik cuti kali ni mostly mama suruh aku yang masak,mama just observe dari jauh.Kalau tahun lepas mama tak bagi aku masak sebab...(fikir sendiri)

Tengah2 kusyuk masak mesti ada jak yang mama pesan


   ''kalau potong sayur tu cuci dulu baru potong kalau ndak nanti keluar   vitaminnya''
 ''Kalau masak sayur tu kasi masuk batangnya dulu,baru daunnya supaya ndak ter overcooked''
 ''kalau goreng ikan tu sebelum angkat tu ikan,kasi kuat dulu tu api sekejap supaya tu ikan garing,sedap kalau di makan''
 ''Kalau hidang minuman untuk papa,alas gelas tu pakai piring,nanti kalau kau suda kawin begitu jugak kau buat sama laki mu''
 ''time makan,duduk jak di meja makan biar pun kau ndak makan,temankan laki mu makan macam yang mama selalu buat''
 
''kalau cuci piring tu,cuci gelas dulu supaya gelas tu ndak berminyak,pastu baru cuci piring,mangkuk,periuk''

Adakah mama sedang melatih aku untuk menjadi seorang isteri?
TOO YOUNG FOR THAT I GUESS...

But for all the thing that my morther said to me,there's one thing that really capture my heart
it is when I ask
''ma,kenapa kalau mama masak mesti sedap?''
my mom said 
''sebab setiap kali mama masak,mama selawat,letak garam mama selawat,letak gula mama selawat
dengan niat
'Ya,Allah semoga apa yang aku masak ni sedap dan dapat mengenyangkan sesiapa yang memakannya'
apa pun yang kita buat,yang penting niat kita mesti ikhlas,kan''
:')

mood: I'm going to miss you mummy and all ur wisdom 









Saturday, August 25, 2012

sayonara ma3ssalama BYE BYE BYE



سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

SELAMAT HARI RAYA

MAAF FIZIKAL DAN ROHANI

kurang kak Ina syak dalam picture ne
not so picture perfect

there many thing need to say 'BYE-BYE' lately
1.bye-bye to my hometown,Sabah
2.bye-bye to my one and only younger sister,Emma


1.BYE-BYE TO MY HOMETOWN,SABAH

Papa pindah kerja dekat Padang,Indonesia
perghhh jau glak ne
so,mama rancang kami pndah s'jung
maybe next year I guess
but this year maybe the last raya I had in Lahad Datu till I'm graduated
next year memang sure2 ar raya di sumatera
:')
ayat menyedapkan hati;
-cowok-cowok indonesia ganteng2
-makanan indonesia sedap jgak kan
-best jgak beraya beraya di tempat 0rg 
(=_=)''

bye-bye Renti,Langtam,Rentam...sob2x

2.bye-bye to my one and only younger sister,Emma

this raya was our last raya together
she's done her A-level
she'll be flying to Spain April next year
bye-bye Emma,do take care of your iman very well
:')
may Allah bless her now and always
make us proud will you,Engineer wannabe


so,that's all for now
there's nothing happen in my life lately
just an ordinary life

p/s:   Think less.Pray more.Do more
Allah is THE BEST PLANNER






















Tuesday, July 24, 2012

Allah memang sweet kan


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Salam ramadhan semua,
Alhamdulillah tahun ni Allah swt masih lagi memberikan kita peluang dan ruang waktu untuk beribadah di bulan yang mulia ini

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Ayat ni Allah swt ulang banyak kali dalam Al-Quran
sebab kita selalu tanya
''Ya Allah,kenapa aku,kenapa bukan orang lain yg Engkau beri ujian ini''

okaylah,sebenarnya,hamba Allah ni sedang memujuk hati yg sedih sebab visa umrah tak siap-siap lagi
lagi sedih bila tinggal sehari lagi nak pergi,
tup tup dapat mesej ustaz nak jumpa
ingtkan nak bagi amanah terakhir,
rupa-rupanya visa tak siap lagi

sedih sangat...
sampaikan fikir nak cancel je
aku blek2 tanya kat housemate aku soalan ni
kenapa Allah tak bagi pergi
artis2 dekat M'sia tu Allah bagi je pergi
tapi bila dah blek M'sia perangai sm je
hina sgtka kita ni
.........................................
sampaikan dah xde air mata dah nak nangis

housemate aku jawab
''sabar Andi,Allah tak jemput lagi''
air mata berlinang kembali

dari tahun lepas lagi aku nak pergi ke sana
tapi takde tempat
pastu tahun ni dpt tempat
tapi asyik tunda2
dari 17 ke 23 pastu s'kang ntah dapat ntah tidak

aku termenung sekejap
bila aku ingat-ingat balek dosa yang aku buat dekat Allah swt
aku jadi malu sekejap
apa hak aku nak paksa-paksa Allah swt
tu kan rumah Allah swt
bukanka kita ni hanyalah sekadar hamba

tiba-tiba teringat balek peristiwa time exam pharmacology
bila dapat paper tu
aku tengok soalan

''YA ALLAH,AKU TAK TAHU SATU BENDA PUN''

blur giler
sebab sehari sebelum exam tu aku sakit
so,satu hari aku tidur
bila bangun pagi memang blur giler ar
baca satu haram pown tak masuk

dan di tengah-tengah kekalutan tu
tiba-tiba terfikir
''kalau jadi penyembah dajjal kan best,mesti dapat jawab semua soalan ni''
(ni sebab aku dok asyik layan video THE ARRIVALS time stadi)

astaghfirullah,sampai macam tu sekali.
aku pun mengucap banyak-banyak
dah sesat sgt aku ni
but then still at the end
aku tak dapat jawab jugak

habis je exam
aku bgtau roomate aku,mira
''mira,aku tak leyh jawab siyesly..memang surely aku dhur lah kali ni.
kalo lulus tu memang sepenuhnya pertolongan dari Allah''

dan Alhamdulillah
ntah macam mana Allah swt bg aku lulus
walaupun aku hampir-hampir syirik dah
tapi still Allah perkenankan doa aku

................................................................

mungkin ada yang perlu di perbaiki lagi
malu sgt dgn Allah swt
terlalu banyak nikmatnya yang tidak kita syukuri
Nabi Ayub AS lagi besar ujian tapi baginda malu nak mintak dgn Allah swt
tu Rasul yg doanya makbul,kita ni dah lah hamba
siap nak paksa-paksa Allah lg kan
(=_=)''


''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)''.(Al-Imran: 200)

p/s:Allah memang sweet kan (^_^)